Alooo..erm,minggu lepas aku and tunang aku telah ke MELAKA,hahhaa..saje jalan2 sebab kebetulan ada kenduri perkahwinan kakak aku yg dilansungkan di BATU PAHAT,johor..so aku dan dia telah mengambil kesempatan ke melaka dulu untuk pergi jalan2,yerla,kite xpnah jejakan kaki ker melaka,jadi bila ada peluang apa lagi,sapu n layan jer,di sebabkan kenduri tu hari sabtu,aku telak gerak dari kuantan menuju ke melaka pada pagi jumaat,boleh jalan2 dulu pada hari tu kan,hahah...
So pagi jumaat tu aku bertolak dari kuantan pada pukol 8.30am dan berhenti berehat "breakfast di restoran zaman di batu 12," kedai ni mmg terkenal dengan nasi lemaknyer,ppehh,,mmg cukup berlemak lah,mmg syok habis,patotla org kata nasi lemak dia nasi lemak spender..hahhaa..tp nasi lemak tu xkena ngn perot tunang aku,so mencirit sepanjang jalan..wahahha..jadi pas setel,aku teros menuju ke melaka melalui Kuantan - Segamat , Segamat -Tangkak , Tangkak - Melaka mengmabil masa 4 jam,pecot habis..lallalalala...tapi sepanjang jalan,roblock mmg tak hengat,berjujot..hahhaa,nak kutip duit raya kot..
Jadi pukol 12.30pm,aku dah sampai ke
BANDARAYA MELAKA..hahah,seronok,teruja sb tak pernah sampai,org kata melaka bandar warisan dunia kan,so mmg terjua la nak tengok bekas2 peningalan sejarah dari awal pembukaan melaka hinga kemusnahan melaka pada zaman jepon..ciss kau jepon,penjajah yg tak bertamadun..hahahaa..Jadi sampai jer,terus park kereta,nasib jalan nak menuju ke melaka tak susah,street jer,parking pada haritu dikenakan bayaran sehingga rm5 sekali masuk,ok la tu klu ikot jam,naye..
Dah sampai,tak susah pon nak pergi ke tempat2 yg bersejarah ni,sbb dia mmg berada di kawasan tu,,jadi tempat yg menarik aku pergi,mmg best,aku pon dah tak ingat nm2 tempat 2,tp mmg best,dengan cenderahtinya,ngn muziumnya,dengan beca nyer,dah macam disko jalanan dah,org tua punya beca senyap jer,yg anak muda punya,bapak segala speaker dia letak n pasang..mcm2 lagu,mmg meriah..hahaha..jadi ape yg menarik kat melaka ni,aku selitkan beberapa keping gambar yg sempat di snap..hahaha
Jongker Walk
Kincir Angin
Nyaman deruan air
Banyak Cenderahati di sini
Kincir Air , Sg Melaka
Jadi dah penat merayau2 masuk sana sini,aku pon dah agak keletihan,kami pon menaiki beca tok pusin2 dan pergi ke tempat menarik yg lain mcm kota
A FAMOSA,dataran pahlawan,kota atas bukit,ahhh..mcm2 lagilah,beca penuh denga bunga,mmg colourfull habis..untuk sewa beca tak mahal pon,mmg berbaloi untuk merasai pengalaman menaiki
BECA , RM20.00 , Tak lupa juga dengan pokok melaka,katanya pokok melaka yg terdapat di ctu adalah pokok yg di temui oleh parameswara mengikut sejarah dulu..bestt..
Akulah Penarik Beca
Sekitar Kota A FAMOSA
Kota lama Belanda
Tibe2
Tugu Peringatan
Dikatakan pokok Melaka yg di jumpai oleh Parameswara
Tidak ketinggalan dengan
KAPAL yg menjadi simbol kepada melaka,di sini terdapat 1 muzium yg mana muziumnyer di dalam kapal,agak menarik bila memasuki ruang kapal tersebut,aku dapat rasakan bagaimana life di dalam kapal ni,cuma tak di lambung ombak jerla,untuk memasuki muzuim ni,aku kena bayar RM2 setiap seorang,agak murah dan berbaloi sekali,dalam ni,menceritakan kehidupan pada zaman keagungan pelayaran dan perdagangan di melaka pada tahun 1400 hingga ke 1900..
Muzium Samudera
Prototpye Kapal Belanda
Hanya Pameran
Contoh2 Kapal
Tinggal Sejarah
Sempat Lagi tu
Aku pon dah penat,jalan2 dah,naik pon dah,masuk pon dah,kaki pon nak tercabut,dengan panasya,tp seronok,tak lupa ngn cenderahati,mmg kena beli..jadi pukol 6.00pm aku mula meningalkan melaka,
KOTA SEJARAH yg penuh dengan masa silam..Aku mula menuju ke Batu Pahat tempat yg aku sendiri tak pernah pergi..dalam pukol 8.00pm,aku sampai di sana dengan selamatnya..Alhamdulillah..amin..
Thanks Abang Beca
Sekitar Kota Sejarah
Kota Pertahanan lama
Jadi pada keesokan harinya telah berlansung majlis perkahwinan,wahhhh,seronok jugak acara kenduri di
JOHOR ni,siap dengan kuda kepang,kompang n gendang yg tak berhenti2 di palu serta nyayian zapin yg merdu..sungguh asyik..mmg memberi seribu kenangan dan pengalaman bila kita pergi ke tempat orang,dapat menikmati sesuatu yg baru ..
Alamak.X sempat snap
Live
Pasukan kompang
Tarian Zapin,Mana kuda kepang..??
Anak2 buah..kiri : acin,alia,irfan,nurul,eycha,alis
Di sini,aku bersama seluruh kelurga dan jiranku telah hadir ke majlis Perkahwinan ini..Jadi pukul 4.30pm,aku beserta yg lain telah bertolak dari batu pahat menuju ker segamat,segamat ker serting,serting ker temerloh,temerloh ke jengka dan jengka ke kuantan..ahhhh,,sungguh penat..hahahha..tp best..ok..enjoy it.
Psstt ; Seronok..!!