Kelik Jer

Wednesday, February 16, 2011

Bukit Gambang Water Park

16 Februari 2011

 Bukit Gambang Resort

   Semalam kan cuti umum sempena maulidul rasul , jadi di kesempatan cuti umum dan takde nak buat apa apa,aku dan tunangku telah membuat rancangan untuk ke BUKIT GAMBANG WATER PARK yg terletak di daerah gambang kira kira 34km dari bandar kuantan,jadi aku bertolak dari bandar indera mahkota pada pukul 2.00pm dan sampai ke taman tema ni pada pukul 2.20pm,hampir 20minit perjalanan,laju jgk la aku bawak kete..hahaha..

   Jadi dah sampai ke tempat ni,aku dan yg lain pun pegi la beli tiket atau TAG untuk masuk ke taman tema..aik,sape yg lain lain tu..yg join pd hari semalam,aku,tunang aku,abang dia,kakak dia,husband dia,adik husband dia..jadi seramai 6 orang dan 2 buah biji kereta..tiket untuk masuk RM21.90 untuk dewasa..jadi bukn untuk tiket je,nak makan,nak main pelampung piun kena topup jugak..bisla RM100.00 untuk dua orng..haha..baru 2 orng kan,belum 4 orang lagi tu..hurmm...

 Sakan Lol..haha

   Tapi ape yg menariknya di BUKIT GAMBANG WATER PARK ni...?? :

* Terdapat resort resort seperti apartment yg boleh di sewa untuk family,menarik..
* Tidak jauh dari bandar kuantan,hampir 35KM sahaja..dan dalam 30minit sahaja..
* Terdapat pelbagai permainan yang menarik untuk kanak kanak dan orang dewasa..
* Coco beach untuk bersantai dan relax,sesuai untuk kanak kanak dan dewasa..
* Permainan luncur air yg sememangnya menakutkan aku,hahaha,,terdapat 5 jenis..nak tahu,pergi sendiri,best..
* Terdapat Lorong air untuk mengelilingi taman tema,syok layan ombak buatan..hahaha..
* Sape sape yang kuat makan,bekal makan pulak tak boleh bawak yer tak,jadi jgn risau,terdapat pelbagai temapat makan atau juadah yg di jual pada harga yg agak mahal,ada tempat makan pizza , sosej , jagung bakar, ice cream dan lain lain..
* Terdapat Dewan dewan atau tempat funtion,jadi kalau syarikat nak buat apa apa majlis,boleh la datang ke sini..
* Kalau nak tahu lebih lanjut,datang la ke sini..BESTTT...atau..www.bgrc.com.my

 @ Taman Tema

4 Teruna Pingitan

  Jadi memang enjoy la semamlam,terjerit jerit aku kat sana..hahahaha..takut naik luncur air punya pasal..hahaha...takut tercampak ke luar jerk..nayee...jadi pas puas mandi dan main air,aku dan yg lain balik semula ke kuantan pada pukul 5.30pm,sebab taman tema ni tutup pukol 6.00pm...Jadi..balikkk.. ^-^

   Sebelum balik dan buat korang yang banyak duit atau duit tu dah terlebih tak tahu nak buat apa, boleh la singgah di kedai cenderahati yg terletak di pitu masuk dan keluar dari pusat taman tema ni,boleh la nak beli baju ker,seluar hwaiian ker,cenderahati nak bg jiran jiran ker..banyak jugak la barangan yang terdapat di sini..baju semalam aku tengok,2 pasang RM20.00 jerk..berbaloi baloi..haha.ok


Psstt : Sepanjang mandi , 2 orang jgk yg terkapai kapai nak lemas di COCO BEACH , jadi hati hati kat sini yer.. ^-^


No comments:

Post a Comment

: Powered By Nuffnang :

: Click Jer Yang Mana Suka :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...