Kelik Jer

Thursday, February 10, 2011

Si Hitam

10 Februari 2011

    Cerita ini bukan pasal sesiapa atau mahu mengaibkan sesiapa dan bukan juga pasal cerita di wayang mahupun yang telah di tayang,dan bukan juga cerita yg berunsurkan 18sx,18pl,18sg..cerita ini tentang kucing...yer,kucing,,,kucing ini yg aku maksudkan ...

Si Hitam

   Ini lah kucing yg aku maksudkan,si HITAM,bulunya cantik hitam berkilat..dah lama rasanya aku xjumpa dia setelah aku hantar dia balik ke kg untuk menjalani kedipun yg menyeronokan di sana...macamana aku boleh jumpa si hitam ni..al kisahnya bermula di sini...

    Aku dah x berapa ingat bulan berapa,tapi yg aku pasti mungkin dalam bulan 7 aku jumpa dia di tepi jalan di dalam semak..behanpiran sebuah tokong cina di jalan sg lembing..jalan punya jalan,aku terdengar bunyi seekor anak kucing yg mungkin sedang menangis akibat dahaga atau kelaparan,,aku cuba mencari bunyi tersebut dan semakin hampir dengan bunyi itu..jengok punya jengok,aku nampak seekor anak kucing,dia menghulurkan kepalanya keluar dari timbunan semak yg aku rasa rumahnya,rimbunan semak itu menjadi seolah2 sarang kucing..tp yang aku nampak hanya seekor saje,aku menghampirinya,dia berbunyi seolah2 meminta tolong,aku bercakap dengan dia,dia seperti takut takut,aku memujuknya keluar..

     Akhirnya dia keluar dari sarang tersebut,umurnya mungkin dalam lingkungan sebulan berdasarkan saiz badanya,aku tertarik dengan bulunya,badan yg bulat dan telinganya ada sedikit keunikan yg tersendiri..aku tak pernah jumpa telinga kucing yg begitu,bagi aku telinga dia bukan cacat,tetapi unik kerana ade terlipat sikit,dia bising mungkin menagis sebab aku pon tak berapa pasti dah berapa lama dia duduk di situ,tetapi,mn adik beradiknya,mn ibunnya..aku pon teros membelai dia supaya dia boleh terima aku..dan dia terima aku dengan mengesel2 kepalanya ke tangan aku,aku terus letak dia ke dalam kereta,bisingnya ya amat,aku terus memberi air untuknya,dengan lahapnya dia meminum dan...senyap,tido..mungkin dahaga,,sampai saja di rumah,aku dan tunangku terus memandikan dia dan dia hidup bersama tuanya,makan mengikut waktu,tempat berak di sediakan,selepas pulang bekerja,aku sentese bermain dengan,dia memiliki sifat seperti anjing kerana,bila aku kejar dia,dia akan mengejar aku semula..so funny bagi aku..setiap kali balik kerja,bila melihat kucing,hati rasa sungguh seronok..HITAM..itulah dia..dan harini,dia sudah besar,dan dengar kata sudah pon pregnant,harap dia gembira bersama anaknya,aku terfikir,jika aku tidak selamatkan dia,munkin dia akan menjadi satu mangsa pelanggaran kucing di tengah jalan dan mungkin hidupnya tak sebaik ini..aku sedih bila melihat kucing yg hidup di jalanan dan tidak bertuan,yg hari hari ada saja yg di langar dengan kereta..aku harap kucing kucing di sana sentese gembira.. ^-^


Psstt : Teringin nak bela kucing disini,tapi tak sampai hati tengok dia hidup terkurung di dalam rumah,ini bukn  habitat dia..

No comments:

Post a Comment

: Powered By Nuffnang :

: Click Jer Yang Mana Suka :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...