Kelik Jer

Wednesday, February 16, 2011

Bukit Gambang Water Park

16 Februari 2011

 Bukit Gambang Resort

   Semalam kan cuti umum sempena maulidul rasul , jadi di kesempatan cuti umum dan takde nak buat apa apa,aku dan tunangku telah membuat rancangan untuk ke BUKIT GAMBANG WATER PARK yg terletak di daerah gambang kira kira 34km dari bandar kuantan,jadi aku bertolak dari bandar indera mahkota pada pukul 2.00pm dan sampai ke taman tema ni pada pukul 2.20pm,hampir 20minit perjalanan,laju jgk la aku bawak kete..hahaha..

   Jadi dah sampai ke tempat ni,aku dan yg lain pun pegi la beli tiket atau TAG untuk masuk ke taman tema..aik,sape yg lain lain tu..yg join pd hari semalam,aku,tunang aku,abang dia,kakak dia,husband dia,adik husband dia..jadi seramai 6 orang dan 2 buah biji kereta..tiket untuk masuk RM21.90 untuk dewasa..jadi bukn untuk tiket je,nak makan,nak main pelampung piun kena topup jugak..bisla RM100.00 untuk dua orng..haha..baru 2 orng kan,belum 4 orang lagi tu..hurmm...

 Sakan Lol..haha

   Tapi ape yg menariknya di BUKIT GAMBANG WATER PARK ni...?? :

* Terdapat resort resort seperti apartment yg boleh di sewa untuk family,menarik..
* Tidak jauh dari bandar kuantan,hampir 35KM sahaja..dan dalam 30minit sahaja..
* Terdapat pelbagai permainan yang menarik untuk kanak kanak dan orang dewasa..
* Coco beach untuk bersantai dan relax,sesuai untuk kanak kanak dan dewasa..
* Permainan luncur air yg sememangnya menakutkan aku,hahaha,,terdapat 5 jenis..nak tahu,pergi sendiri,best..
* Terdapat Lorong air untuk mengelilingi taman tema,syok layan ombak buatan..hahaha..
* Sape sape yang kuat makan,bekal makan pulak tak boleh bawak yer tak,jadi jgn risau,terdapat pelbagai temapat makan atau juadah yg di jual pada harga yg agak mahal,ada tempat makan pizza , sosej , jagung bakar, ice cream dan lain lain..
* Terdapat Dewan dewan atau tempat funtion,jadi kalau syarikat nak buat apa apa majlis,boleh la datang ke sini..
* Kalau nak tahu lebih lanjut,datang la ke sini..BESTTT...atau..www.bgrc.com.my

 @ Taman Tema

4 Teruna Pingitan

  Jadi memang enjoy la semamlam,terjerit jerit aku kat sana..hahahaha..takut naik luncur air punya pasal..hahaha...takut tercampak ke luar jerk..nayee...jadi pas puas mandi dan main air,aku dan yg lain balik semula ke kuantan pada pukul 5.30pm,sebab taman tema ni tutup pukol 6.00pm...Jadi..balikkk.. ^-^

   Sebelum balik dan buat korang yang banyak duit atau duit tu dah terlebih tak tahu nak buat apa, boleh la singgah di kedai cenderahati yg terletak di pitu masuk dan keluar dari pusat taman tema ni,boleh la nak beli baju ker,seluar hwaiian ker,cenderahati nak bg jiran jiran ker..banyak jugak la barangan yang terdapat di sini..baju semalam aku tengok,2 pasang RM20.00 jerk..berbaloi baloi..haha.ok


Psstt : Sepanjang mandi , 2 orang jgk yg terkapai kapai nak lemas di COCO BEACH , jadi hati hati kat sini yer.. ^-^


Monday, February 14, 2011

Chini Lake Resort

13 Februari 2011

 Tasik Chini

   3.00pm aku bertolak dari kuantan ke TASIK CHINI,saje untuk mengambil angin di petang ahad,aku pergi seramai 4 orng,aku,tunangku,firdaus and wife..perjalanan yg mengmbil masa 1 jam itu akhirnya sampai ke tasik chini..mengikut lagenda atau cerita dongeng dari zaman dulu,tasik chini terkenal dengan cerita tentang ada seekor NAGA yang tinggal di dalam tasik ini,tetapi sehinnga ke harini ini masih tidak dapat membuktikan kesahihan dia..mungkin hanya sekadar cerita org tua tua dulu kot,..

 Inikah Naga yg Dikatakan

  Selain naga tasik chini yg sering dikatakan,tasik ini juga terkenal dengan pokok teratainya yg kembang pada bulan ogos - oktober..Jadi sepanjang aku di sini,tasik chini resort ade menawarkan beberapa chalet untuk pengunjung dari dalam atau luar negara menginap di sini,pemilihan harga mengikut chalet dan pemandangan..seingat aku di antara rm120.00 hingga rm300.00 semalam..memang berbaloi rasanya untuk membawa keluarga untuk datang ke sini...

   Di sini ada juga menyediakan perkhidmata bot untuk bersiar siar mengelilingi tasik seluas 12,000,00 hektar persegi..terdapat tempat tempat menarik sepnjang perjalanan menaiki bot di antaranya :

* Di sini terdapat 12 jenis tasik atau laut yg di panggil oleh org asli setempat.
* Lubang ular yg dikatakan laluan keluar masuk untuk kesarangnya,
* Empangan atau Dam di antara hilir tasik ke sg pahang.
* Melawat Perkampungan org asli dan mecuba senjata utama bg org asli iaitu sumpit.
* Pemandangan yg Indah.
* Untuk sebuah bot,sewanya hanya rm90.00 untuk masa 1 jam 30minit..
* Bagi Kaki pancing,di sini ada pakej untuk memancing di tasik.

  Hijau,Segar

     Bagi aku,tasik chini penuh dengan mitos,mitos atau tidak,hanya yg melihat saja yg mengatahuinya,pemandangan yg indah,tetapi sedikit di cemari oleh pemandagan pasanganyg tgh hot bercinta tanpa segan silunya..ok,bg yg tak pernah pergi,cuba dan rasainya,sungguh damai apabila melihat dan menhirup udara segar di sini..

Psstt : Syok walaupun penat,hilang segala penat disini,dah blik,penat menjadi kuasa x2 :

Thursday, February 10, 2011

Si Hitam

10 Februari 2011

    Cerita ini bukan pasal sesiapa atau mahu mengaibkan sesiapa dan bukan juga pasal cerita di wayang mahupun yang telah di tayang,dan bukan juga cerita yg berunsurkan 18sx,18pl,18sg..cerita ini tentang kucing...yer,kucing,,,kucing ini yg aku maksudkan ...

Si Hitam

   Ini lah kucing yg aku maksudkan,si HITAM,bulunya cantik hitam berkilat..dah lama rasanya aku xjumpa dia setelah aku hantar dia balik ke kg untuk menjalani kedipun yg menyeronokan di sana...macamana aku boleh jumpa si hitam ni..al kisahnya bermula di sini...

    Aku dah x berapa ingat bulan berapa,tapi yg aku pasti mungkin dalam bulan 7 aku jumpa dia di tepi jalan di dalam semak..behanpiran sebuah tokong cina di jalan sg lembing..jalan punya jalan,aku terdengar bunyi seekor anak kucing yg mungkin sedang menangis akibat dahaga atau kelaparan,,aku cuba mencari bunyi tersebut dan semakin hampir dengan bunyi itu..jengok punya jengok,aku nampak seekor anak kucing,dia menghulurkan kepalanya keluar dari timbunan semak yg aku rasa rumahnya,rimbunan semak itu menjadi seolah2 sarang kucing..tp yang aku nampak hanya seekor saje,aku menghampirinya,dia berbunyi seolah2 meminta tolong,aku bercakap dengan dia,dia seperti takut takut,aku memujuknya keluar..

     Akhirnya dia keluar dari sarang tersebut,umurnya mungkin dalam lingkungan sebulan berdasarkan saiz badanya,aku tertarik dengan bulunya,badan yg bulat dan telinganya ada sedikit keunikan yg tersendiri..aku tak pernah jumpa telinga kucing yg begitu,bagi aku telinga dia bukan cacat,tetapi unik kerana ade terlipat sikit,dia bising mungkin menagis sebab aku pon tak berapa pasti dah berapa lama dia duduk di situ,tetapi,mn adik beradiknya,mn ibunnya..aku pon teros membelai dia supaya dia boleh terima aku..dan dia terima aku dengan mengesel2 kepalanya ke tangan aku,aku terus letak dia ke dalam kereta,bisingnya ya amat,aku terus memberi air untuknya,dengan lahapnya dia meminum dan...senyap,tido..mungkin dahaga,,sampai saja di rumah,aku dan tunangku terus memandikan dia dan dia hidup bersama tuanya,makan mengikut waktu,tempat berak di sediakan,selepas pulang bekerja,aku sentese bermain dengan,dia memiliki sifat seperti anjing kerana,bila aku kejar dia,dia akan mengejar aku semula..so funny bagi aku..setiap kali balik kerja,bila melihat kucing,hati rasa sungguh seronok..HITAM..itulah dia..dan harini,dia sudah besar,dan dengar kata sudah pon pregnant,harap dia gembira bersama anaknya,aku terfikir,jika aku tidak selamatkan dia,munkin dia akan menjadi satu mangsa pelanggaran kucing di tengah jalan dan mungkin hidupnya tak sebaik ini..aku sedih bila melihat kucing yg hidup di jalanan dan tidak bertuan,yg hari hari ada saja yg di langar dengan kereta..aku harap kucing kucing di sana sentese gembira.. ^-^


Psstt : Teringin nak bela kucing disini,tapi tak sampai hati tengok dia hidup terkurung di dalam rumah,ini bukn  habitat dia..

Wednesday, February 9, 2011

Demam Oh Demam

9 Februari 2011

  Demam Oh Demam,bila la ko nak elokan aku punya badan ni,dah puas makan ubat,ubat batuk abis aku telan semua,bila la ko nak elok,aku dah xlarat nak menghadapi demam ni,mual tekak,sakit pale,mood pon tak berapa nak ada jugak ni,aisehhh...dan nak dekat seminngu ni...tak boleh jadi ni...jangan sampai sakit terus sudah,ni adalah angkara hujan masa aku nak pergi ker tambun la ni..pagi pagi dah kena hujan,kuyop jgk baju aku di buatnya..aku ni sebenarnya susah nak demam..jarang sekali,klu demam pun boleh di kira dalam setahun tu..huhuhuhuhu

 uwaaa....


psstt : Kalau demam ambik MC pon syok gak..

Monday, February 7, 2011

Tambun Part 2

7 Februari 2011



 Lost World Of Tambun Ipoh
3 Februari 2011

  Sebelum ini aku ada mengeluarkan 1 entri tentang Tambun Part 1 yang menceritakan tentang percutian aku dan rakan sekerja serta family dorang ke Lost World Of Tambun di Sunway City Ipoh,yg di taja sepenuhnya oleh syarikat,Toce-toce bak kata orang cina..Jadi pada 3 Februari 2011 aku sudah bagun seawal jam 6.00am untuk bersiap-siap untuk bertolak ke ipoh pada pukul 7.00am,seperti yg di janjikan oleh pihak pengurusan,tapi seperti biasalah dengan janji melayu nie,alih-alih hampir pukul 8.00am jugak aku bertolak dari kuantan ke ipoh,sudahlah untuk ke opis dari rumah sudah kena hujan renyai,basah jugak la si kairul sebab dia yg bawak moto,pagi2 dah kena hujan,naye..hahaha...

Suasana Dalam Bas

    Selepas bertolak dari kuantan pada pukol 8.00am,aku hanya duduk seorang diri di dalam bas,sepanjang perjalan dari kuantan ke k.lumpur,perjalanan agak lancar kerana musim perayaan,itu pendapat awalku kerana mungkin orang bandar pulang ke kampung halaman masing-masing,tetapi sangkaan aku meleset selepas masuk ke lebuh raya PLUS,untuk menghala ke ipoh,jalan begitu sesak sehingga kenderaan berasak2 untuk mentusuri lebuhraya..bayangkan,k,lumpur ke ipoh hanya 186km,tetapi mengambil masa hampir 6jam..walhal 2jam pun dah boleh sampai pada hari normal...aku sampai ke HERITAGE hotel pada pukul 6.00pm,hampir 12jam perjalanan..

Heritage Hotel

Rooms 413

     Selepas aku dan rakan-rakan checkup,aku terus ke bilik 413,badan masa tu punyala penat macam nak gila masing-masing dengan perut yang lapar tahap gaban,selepas mandi dan rehat di dalam bilik hotel,pada pukul 7.30pm,aku sudah ade aktiviti malam sperti makan dan ada sedikit games untuk kanak-kanak dan dewasa,pemenangnya akan mendapat sebuah kereta bak kata boss aku,tapi hanmper je da..hahahaha..Jadi aku dan kesemuanya bertolak ke lost world of tambun untuk makan dan ada sedikit aktiviti permaianan,tema makan malam itu Buffet BBQ..dan ini sekitar pada malam itu..:

Dinner At Tambun ( Buffet BBQ )

Pelbagai menu ( 4 round mengadap )

   Jadi selepas puas makan dan melantak dan melahap segala makanan yang tersedia,sehingga perut ni hampir pecah di buatnya..hahahaha,Pihak penganjur mengadakan beberapa game untuk kanak-kanak dan dewasa,enjoy it :;;

Geng-geng boss je kena,haha

Makeup Game

   Selepas puas dan penat dengan pelbagai aktiviti,badan pon masih tak dapat bantal dan tilam selepas penat duduk di dalam bus,makan,game dan pelbagai lagi,kami pulang ke hotel pada pukol 11.00pm untuk merehatkan badan yang hampir tak bernyawa,sebelum balik,pasing sket la..night mode ..hahaha

Aku Dan Kamarul ( Kolam Air Panas )


   Sampai hotel..landing time,tidooooo.. ^-^

4 Februari 2011

   Hari kedua aku berada di ipoh,untuk company trip at Lost World Of Tambun..selepas sarapan pagi,kami terus ker lost world of tambun pada pukul 11.00am dan sampai,selepas reg dengan pengawal,kami terus ker tempat yg dikhaskan,pemandangan pada waktu siang dan malam begitu cantik seperti sebuah kota lama yang dikelilingi gua-gua batu kapur,pemandangan hijau dan putih begitu mengasikan selepas masuk ke sekita pusat itu..aku tidak mengambil masa begitu lama,terus terjun ke dalam air,tapi di sebabkan terlalu ramai manusia yg bermandi,aku dan yg lain terus naik untuk berjalan-jalan di sekitar untuk melihat apa yg menarik,rupanya terdapat pelbagai tempat yg menarik seperti zoo mini yg begitu sempoi bgku kerana haiwan2 di lepaskan dan begitu jinak dengan pengunjung,taman harimau,zoo bersuasanakan alam semula jadi tanpa mengacau suasana alam,,air terjun,gua batu kapur,padang yg menghijau..jadi kalau nak tahu lebih lanjut,bercutilah ke sini..memang tak rugi..sekitar Di Lost World Of Tambun :
 Kota Lama

 Kepura Cave

Tiger Valley

Dangerous

   Santai

Mini Zoo

Woderpet ke Wonderland

Asli Camping

Hello

Nyorok-nyorok pulak

Rimba Kopitiam
   Selepas penat berjalan mengelilingi sekitar kawasan dan menghayati keindahan alam serta gua-gua batu kapur,aku pon berehat sebentar di RIMBA cafe yang terletak di dalam kawasan zoo,sambil melihat gelagat haiwan-haiwan kecil,yg di lepaskan untuk pengunjung melihat dengan lebih dekat,apa yg menarik nya di zoo ini,haiwan di lepaskan dan di biarkan hidup seperti di habitat asal mereka..Lepas penat memusing-musing,aku dan yg lain teros ke taman tema air yg terletak di kawasan hadapan dan terdapat pelbagai game untuk di mainkan sperti tarik tali dalam air,junjung bola di peha,kump sape paling panajng dengan menerap di atas pasir..
 Kolam Air Panas

 Game

 Tarik Tali

 Head Shot ( Boss Vs Tajuddin

Felling


Time To Go Back Hotel

   Selepas puas berjalan..teros pilang semula ke hote,penat wooo badan ni..balik hotel pukul 6.30pm dan kena pergi semula ke sini untuk dinner di MALAYANA..untuk dinner international buffet.

Malayana

Dinner Time


International Buffet

   Di sini,ade pelbagai acara seperti game menari,game makan di dahi,karaoke dan cabutan bertuah..heheheh,,masani badan dah penat sangat dah sebab seharian main air,malam plak ade dinner,ahhh,penat..mata dan badan masa ni dah ingat ke hotel dah...tapi pape pon sangat bestt..

5 Februari 2011

    Hari ni hari terakhir aku di sini dan akan pulang ke kuantan,jadi pada pukul 12,akau akan checkout di kaunter dan bertolak balik ke kuantan,pengalaman berjalan ke sini penuh dengan cerita..berjalan
di tempat org la katakan..huhuhuu..jadi aku sampai ke kuantan pada pukul 9.00pm..fuhh..penat..ok..cya..

Psttt : Tahun Depan Buat Lagi yerk..haha








Wednesday, February 2, 2011

Tambun Part 1

2 Februari 2011

 Ada Dinasour Jugak Ker

    Esok pada 3 Februari aku dan rakan sekerja yang lain akan bertolak ker LOST WORLD OF TAMBUN sempena cuti tahun baru cina,gong xi gong xi,sebelum ni aku hanya tahu tentang LAKE TOWN RESORT di bukir merah sebuah taman tema air di negeri perak,rupanya di perak juga terdapat 1 lagi taman tema air untuk di jadikan tempat pelancongan,sebelom ini aku hanya ingatkan lost of tambun hanya sebuah taman hutan tropika dan mempunyai mini-mini zoo..tapi sekarang baru aku tahu yang lost of tambun juga adalah sebuah taman tema air di sekitar gua-gua kapur dia kawasan perak..Terasa amat mengujakan...nati selepas balik aku akan sambung tentang apa yang menarik di sana ...

Psstt : Lama tak pergi rombongan..

Tuesday, February 1, 2011

Aku Dan Facebook

1 Februari 2011

    Facebook memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia pada zaman ini,sebut sahaja facebook,seme orang tahu dari sekecil-kecil umur sehingga setua-tua manusia..hampir 1/3 atau 500 juta manusia di dunia ini mempunyai akaun facebook untuk merapatkan hubungan di antara manusia di sekelilingnya tanpa mengira bangsa,agama,negara,jauh dan dekat,faceebook dapat merapatkan hubungan itu,itulah tujuan sebenar facebook,untuk mencari rakan di hujung jari,berbalas entri antara 1 sama lain,berkongsi gambar dengan rakan2 lain,bagi aku,facebook mempunyai kebaikan yg tersendiri dari segi pandangan yang positif,kalau kite pandai dan bijak dalam menggunakan facebook yang dicipta oleh mark zuckerberg.ia pasti mendatangkan kegembiraan pada setiap manusia..Bagi aku,di zaman yang penuh dengan teknologi ini,kita patot mengunakan teknologi itu sebaik-baiknya..


Connect And Share
 

    Setiap hari kita akan membuka akaun Facebook untuk di update dan melihat komen rakan-rakan kita..bagi aku,jika ada masa,aku akan buka akaun facebook dulu pada setiap pagi,jika ada mood terlebih,aku akan update status sendiri..hehehe..ok la,ini jer yg aku tahu pasal facebook...semua orng ada dapat menggunakanya,jadi,gunakanlah dengan sebaiknya... jika salah digunakan,bahana yang akan dapat terutama seperti bergaduh di dalam facebook antara rakan atau suami istri atau pasangan lain,bagi ygmenyalahgunakanya,facebook menjadi medium untuk berdebat sesama pasangan sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini..sehingga menimbulkan persoalan diantara rakan2 kita..jadi,tepuk dada,tanya selera..yang baik dan buruk,semua dari kita,jgnlah sesekali menyalahkan teknologi harini..

Contoh
 
 
Psstt : Dengan facebook,ownernye antara manusia yg terkaya di dunia dan manusia paling muda yg berjaya

: Powered By Nuffnang :

: Click Jer Yang Mana Suka :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...